BROGA HILL SEMENYIH

Ahad 16.05.2010 jam 4.15 pagi lagi..aku dah bersiap2 untuk explorasi ke Broga Hills di Semenyih. Bukit Broga mempunyai ketinggian 400 meter dan mempunyai 4 puncak. Kami berkumpul di petronas semenyih untuk sembahyang subuh dan isi perut sikit-sikit je…bagi mengelakkan perut kosong. Selesai semuanya, dengan 3 buah kereta bermuatan penuh..hehehe kami bertolak ke destinasi. Jam menunjukkan 6.05a.m untuk mulakan pendakian. Keadaan masih gelap lagi, hanya bergantung kepada flashlight sahaja… Alhamdulillah tak hujan. Bukit Broga ni tak terlalu tinggi, lebih kurang tak sampai sejam mendaki danau-danau bukit dengan berjalan kaki, akhirnya kami berjaya tiba di puncak. Hilang sebentar kepenatan dengan udara pagi serta pemandangan yang cukup melapangkan dada dan fikiran sambil menunggu sunrise. Aku tidak melepaskan peluang untuk menikmati alam ciptaan tuhan yang sungguh menakjubkan. Jam 7.05a.m matahari terbit. Setelah puas berada di atas, matahari pun dah mula memancar terik dalam lingkungan pukul 8.40a.m, kami pun turun semula ke bawah…alhamdulillah semuanya selamat turun ke bawah. Sebelum balik kami sempat lagi bersarapan pagi di celah2 pokok kelapa sawit, hehe menunya sosej bersalut mayonis dan sushi. Semua nie kawan-kawan aku yang buat..aku…emmm Cuma makan je laaa..(“ _ ‘)hehe2 thanks friend! kenyanggg upss haha

Dibawah sebahagian gambar yang diambil :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "BROGA HILL SEMENYIH"

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.