HATYAI THAILAND

Antara perkara yang menjadi kerisauan individu islam yang berhajat melancong ke luar negara ialah tentang makanan HALAL yang susah dicari. Jangan risau di zaman sekarang ia bukan masalah lagi (kalau risau sangat bawalah makanan kering dari negara sendiri bersama). Mukadimah nie bukannye pee..coz trip kali nie ke hatyai thailand yang mejoriti penduduknye beragama budha. Kami memulakan perjalanan dari Putrajaya (10.00p.m) dan berhenti solat subuh di changlon kedah (5.35a.m-6.35a.m) serterusnya check in imigresen di bukit kayu hitam (7.25a.m) makan pagi dulu.. sebelum meneruskan perjalanan ke Hatyai. Destinasi pertama kami di Nora Flaza. Disini terkenal dengan jualan sarang burung layang2, boleh mencuba 1 cawan RM20. Bagi yang suka boleh beli untuk kesihatan..harga berpatutan. Selain sarang burung, barang-barang lain juga turut dijual, antaranya pelbagai jenis beg-beg kulit (jangan risau barang-barangnya berkualiti) kalau datang berkumpulan koorang akan dapat kad potongan sebanyak 20% bagi setiap barang yang dibeli..selesai shoping, kami ke Songkla Beach yang terkenal dengan mitos ikan duyungnye..serta kisah pulau kucing dan tikus berhampiran. wow!!sampai je memang terpegun melihat keindahan pantainyee yang menghijauu.. Dah sampai di Songkala Beach nie..mesti cuba aiscrem pulut (emmmrasanyee cukup manisss) dan air kelapa laut(freshhh). Seterusnya kami check in at Yoog Dee Hotel for rest..hurrayyy. Di sekeliling bandar wilayah hatyai nie, antara tempat2 menarik yang boleh pergi ialah Floting Markit (makan mee teaw tempurung), Kim Yong, Conson, Flaza (nut centre) dan lain-lain. Jangan risau untuk ke semua tempat boleh menaiki Tut-Tut ramai-ramai baru save. Kalau nak urut atau massage baik ambik peluang..sebab bayaran cukup murah 1 badah cuma 300 bath  jee..seperti semua orang maklum yang negara thailand nie terkenal dengan urutannya..harga bergantung kepada ape perkhidmatan yang diminta oleh pelanggan. Makanannya sedap2 tapi agak manis..jangan lepaskan peluang merasai tomyam sedappp hehe. Perbezaan waktu 1 jam awal malaysia. kalau nak solat follow time malaysia dan jagan lupa bawa kompas kk. Esoknya 8.00a.m (thailand) selepas makan pagi kami cheak out, sempat lagi singgah shopping di padang city center dan padang besar thailand...sebelum check out di imigresen padang besar perlis. Sampai di putrajaya jam 01.00a.m lebih. Percutian yang singkat tapi menarik dan enjoy.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS