CUP CAKE

BUTTER CAKE
Bahan-bahan
215grm Anchor Butter
140grm Kastor Sugar
1/4tsp Garam Halus
215grm Tepung Gandum
6grm Baking Powder
1tbl Glycerine

Cara penyediaan oven
1. Oven 160c baker selama 20-25 minit

Cara penyediaan adunan
1. Putar bersama butter,gula dan garam dengan kelajuan yang tinggi selama 5 minit
2. Tambahkan telur putar dalam kelajuan yang sederhana selama 10 minit
3. Ayak tepung bersama baking powder perlahankan speed selama 2 minit
4. Masukan dalam piping bag dan paipkan ke dalam bekas cup cake


SPONGE CAKE

Bahan-bahan
1kg Sponge Cake Mix
18 biji Telur (gred B)
150ml Susu Cair
200ml Minyak Jagung


BUTTER CREAM

Bahan-bahan
250grm Krim Well
250grm Anchor/Butter Cup (biarkan ia lembut terlebih dahulu)
200grm Gula Aising (ayak terlebih dahulu)

Cara penyediaan
1. Masukan butter ke dalam mesin pemutar dengan kelajuan sederhana selama 5 minit. Gunakan paddle untuk memutarkan cream
2. Tambahkan krim well dan putar sekali lagi selama 10 minit. Masukan gula aising yang telah dimasuk tadi, putarkan selama 1 minit
3. Tambahkan masa dan putar lagi selama 3 minit dengan kelajuan tinggi (speed)

Nota:
****Boleh di simpan di luar selama 1 minggu













FONDANT/SUGAR PASTE
Bahan-bahan
15grm Gelatin Powder/Xantham Gum
100ml Air
125grm Liquid Glucose
25ml Glycerine
1500ml Gula Aising (diayak terlebih dahulu)

Cara penyediaan
1. Sediakan double boil cairkan gelatin bersama sukatan air dan cairkan juga liquid glucose. Angkat
2. Panaskan liquid tadi menggunakan kaedah double boil. Masukan glycerine
3. Masukan bahan yang telah di cairkan dan juga liquid glucose dalam pemutar mixer menggunakan paddle
4. Masukan gula aising dan putar dalam kelajuan yang sederhana
5. Siap angkat dan keluarkan

Nota:
****Bila membentuk atau menghias fondant kek yang sesuai adalah ‘butter cake/kek buah’

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

BROGA HILL SEMENYIH

Ahad 16.05.2010 jam 4.15 pagi lagi..aku dah bersiap2 untuk explorasi ke Broga Hills di Semenyih. Bukit Broga mempunyai ketinggian 400 meter dan mempunyai 4 puncak. Kami berkumpul di petronas semenyih untuk sembahyang subuh dan isi perut sikit-sikit je…bagi mengelakkan perut kosong. Selesai semuanya, dengan 3 buah kereta bermuatan penuh..hehehe kami bertolak ke destinasi. Jam menunjukkan 6.05a.m untuk mulakan pendakian. Keadaan masih gelap lagi, hanya bergantung kepada flashlight sahaja… Alhamdulillah tak hujan. Bukit Broga ni tak terlalu tinggi, lebih kurang tak sampai sejam mendaki danau-danau bukit dengan berjalan kaki, akhirnya kami berjaya tiba di puncak. Hilang sebentar kepenatan dengan udara pagi serta pemandangan yang cukup melapangkan dada dan fikiran sambil menunggu sunrise. Aku tidak melepaskan peluang untuk menikmati alam ciptaan tuhan yang sungguh menakjubkan. Jam 7.05a.m matahari terbit. Setelah puas berada di atas, matahari pun dah mula memancar terik dalam lingkungan pukul 8.40a.m, kami pun turun semula ke bawah…alhamdulillah semuanya selamat turun ke bawah. Sebelum balik kami sempat lagi bersarapan pagi di celah2 pokok kelapa sawit, hehe menunya sosej bersalut mayonis dan sushi. Semua nie kawan-kawan aku yang buat..aku…emmm Cuma makan je laaa..(“ _ ‘)hehe2 thanks friend! kenyanggg upss haha

Dibawah sebahagian gambar yang diambil :



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

CUTE

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS